STADIUM NASIONAL HOKI
_
Jika anda datang Ke Kompleks Sukan Negara , perkara
pertama yang menyambut anda ialah Stadium Hoki Nasional yang dinamakan Stadium
Hoki 1 dan Stadium Hoki 2 yang terletak bersebelahan diantara satu sama lain.
Stadium Hoki 1 menggunakan sistem kerangka ruang padang Astroturf jenis Domolympic (DomoBelgium) dengan kapasiti tempat duduk berbumbung sepenuhnya untuk 12,000 penonton.
Keistimewaan stadium ini adalah kedudukan susunan infrastrukturnya yang mana termasuk bilik doping, bilik- bilik persidangan, bilik perubatan dan fisioterapi, bilik bantuan kecemasan penonton dan bilik persalinan. Terdapat juga sebuah pusat media yang mengandungi dua ruang istirehat, ruang bekerja untuk 100 wartawan serta dilengkapi dengan satu platform untuk kamera TV, bilik penyiaran dan satu bilik untuk sidang media selepas perlawanan.
Ruang Diraja di Stadium Hoki 1 dilengkapi dengan perabot-perabot mewah yang menjadikannya berada di tahap kualiti yang terbaik. Hiasan dalamannya yang santai dan selesa juga menjadikan tontonan perlawanan lebih menarik dan terhibur.
Stadium Hoki Nasional 2 pula merupakan stadium latihan serta pertandingan. Ia juga mempunyai padang permainan jenis Astroturf jenis Domolympic (DomoBelgium) dangan kapasiti tempat duduk penonton berbumbung untuk 1000 orang dan 1000 orang lagi tidak berbumbung.