KAWASAN PERMAINAN
_1.Padang
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan.

_2.Bulatan Jaringan (Striking circle)
Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
Satu garisan dengan panjang 4 ela meter selari dengan garisan gol di tengah garisan. Dua suku bulatan dengan radius 16 ela dilukis bermula dari garisan 34 ela ke garisan belakang. Dikenali sebagai kawasan D.Strok penalti berada 7 ela di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5 ela dan 10 ela dari tiang gol kiri atau kanan.

_3. Pintu gol
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut:
Terletak di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

_Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu
gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak
kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.Jaring-jaring
diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak
dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di
belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.
Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.

_4.Tiang-tiang bendera
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.